Kunjungan hormat YBhg. Dato’ Baidzawi Che Mat, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC)
- : 670
Putrajaya, 4 Julai 2022 - Kunjungan hormat YBhg. Dato’ Baidzawi Che Mat, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) ke atas YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada petang tadi di Pejabat TKSUK, Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana, Putrajaya.
Pada pertemuan ini, pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk perancangan dan pelaksanaan projek serta program di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).
Turut hadir bersama ialah YBhg. Datuk Jazmanie Shafawi, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan, JPM.