logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Majlis Kick-Off Program Meningkatkan Sistem Penyampaian Kerajaan (End-to-End) ke Arah Pengamalan Norma Baharu (NBPPA) melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

KAJANG, 18 Julai 2022 - Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) pada pagi ini telah mengadakan Majlis Kick-Off Program Meningkatkan Sistem Penyampaian Kerajaan (End-to-End) ke Arah Pengamalan Norma Baharu (NBPPA) melibatkan JPN dan MPKj bertempat di Menara MPKj, Kajang, Selangor. Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara selaku tetamu khas dan mewakili kepimpinan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Majlis turut disaksikan oleh YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, JPM; YB Dato’ Haji Haris bin Kasim (Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor); YBhg. Dato’ Mohd Sayuthi bin Bakar (Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Dalam Negeri); YBrs. Encik Muhammad Razman bin Abu Samah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; dan YBrs. Ar. Mohamad Nazli bin Ramli, Pengarah Bahagian Perunding Kawalan Kemajuan, Jabatan Kerajaan Tempatan.
 
Objektif penganjuran Majlis Kick-Off ini adalah bagi pelancaran Projek Meningkatkan Sistem Penyampaian Kerajaan (End-to-End) ke Arah Pengamalan Norma Baharu atau dikenali sebagai Projek NBPPA melibatkan JPN dan MPKj. Ia merupakan kesinambungan kepada projek rintis terdahulu yang melibatkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
 
 
 

  • Stats on: 2023-12-01
  • Total visited pages: 108
  • Total visitors: 69
  • Average time: 00:07:17
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    962.048
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
106584