Majlis Perasmian Persidangan Keselamatan Negara 2022 (PKN’22) dan Sambutan Bulan Keselamatan Negara 2022
- : 679
PUTRAJAYA, 19 Julai 2022 – YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri pada pagi ini telah merasmikan Persidangan Keselamatan Negara 2022 (PKN’22) dan Sambutan Bulan Keselamatan Negara 2022 yang berlangsung di Hotel Marriott, Putrajaya.
Turut hadir menyaksikan perasmian ini ialah YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN); YBhg. Dato' Sri Mohd Shafiq bin Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA); Datuk Haji Rodzi bin Md Saad, Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri (JPM); serta YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), (JPM).