Mesyuarat Jawatankuasa Audit Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bil.2/2022
- : 731

Putrajaya, 5 Julai 2022 - Mesyuarat Jawatankuasa Audit Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bil.2/2022 yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Mohammad bin Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha (TKSUP), JPM pada pagi tadi di Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana, Putrajaya.
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan penemuan-penemuan audit yang telah dijalankan di Jabatan/Agensi di bawah JPM oleh Bahagian Audit Dalam, JPM.
Mesyuarat dihadiri oleh Setiausaha-setiausaha Bahagian di Pentadbiran Am, JPM dan wakil jabatan yang terlibat.


