Foto sekitar Sesi YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Tpr Annuar bin Haji Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Bersama Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan
- : 614
PUTRAJAYA, 6 Julai 2022 - Foto sekitar Sesi YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Tpr Annuar bin Haji Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Bersama Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan pada pagi ini di Dewan Serbaguna B1, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Putrajaya.
Pada sesi ini, YB Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah menyampaikan taklimat antaranya mengenai kepentingan pengurusan komunikasi strategik yang berkesan di setiap kementerian dan agensi dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan pantas kepada rakyat mengenai dasar-dasar dan isu-isu semasa kerajaan.
Turut hadir sama pada sesi ini ialah YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara dan YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM).


