Majlis Qurban Warga Pentadbiran Am Jabatan Perdana Menteri (PAJPM) Tahun 2022M/ 1443H
- : 559
Putrajaya, 12 Julai 2022 - YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara pada tengah hari ini telah meluangkan masa untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Qurban Warga Pentadbiran Am Jabatan Perdana Menteri (PAJPM) Tahun 2022M/ 1443H di Perkarangan Lobi Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana, Putrajaya.
Lembu qurban adalah sumbangan daripada YAB Perdana Menteri dan sesi agihan daging qurban telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri KSN kepada warga PAJPM yang hadir.
Turut sama dalam majlis ini ialah YBhg. Dato' Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), JPM; YBhg. Datuk Mohammad bin Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan); YBhg. Datuk Jazmanie bin Shafawi, Pengerusi Badan Kebajikan dan Sukan JPM; serta wakil daripada Pejabat Perdana Menteri; Setiausaha-setiausaha Bahagian dan Ketua-ketua atau wakil Jabatan JPM yang terlibat.
Majlis Qurban ini telah dianjurkan oleh Badan Kebajikan dan Sukan, JPM dengan kerjasama Musolla, JPM dan MAKSAK Malaysia.



