logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Program Kayuhan (Fun Ride) Ketua Setiausaha Negara Dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Bersama Penjawat Awam Negeri Kelantan Sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia

Kota Bharu, 24 Julai 2022 - Pada pagi ini, YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah menyempurnakan sesi pelepasan Kayuhan (Fun Ride) Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Kelantan di Dataran Rehal, Kota Bharu, Kelantan.
 
Seterusnya pelepasan kayuhan bagi YBhg. Tan Sri Dato’ Seri KSN dan YB Dato’ Kaya Setia Dato Haji Nazran bin Muhammad, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan bersama para penjawat awam Negeri Kelantan pula telah disempurnakan oleh YB Haji Wan Roslan bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan.
 
Kayuhan ini bermula dari Dataran Rehal sehingga ke penamat di Pantai Kundur sejauh 12.5 kilometer yang melibatkan seramai 500 orang peserta.
 
Turut hadir dalam acara kayuhan ini juga ialah YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM).
YBhg. Tan Sri Dato’ Seri KSN dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan turut singgah sebentar di dua projek Kerajaan Persekutuan iaitu Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan - River Gate Kg. Tikat dan menyempurnakan Kerja Mencegah Hakisan Pantai Mek Mas yang telah siap sepenuhnya.
 
Semasa singgah di Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan - River Gate Kg. Tikat, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri KSN juga berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada beberapa keluarga yang terkesan akibat banjir di kawasan berkenaan.
 
 
 
 
 
 

  • Stats on: 2023-10-02
  • Total visited pages: 32
  • Total visitors: 19
  • Average time: 00:02:36
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    872.545
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100886