Lawatan ke Tapak Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok (KESBAN) Fasa 1 di Rantau Panjang
- : 704
Rantau Panjang, 23 Julai 2022 - Foto sekitar Lawatan ke Tapak Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok (KESBAN) Fasa 1 di Rantau Panjang.
Objektif projek ini untuk mengurangkan masalah banjir di kawasan yang berdekatan Sg. Golok, meningkatkan keselamatan dan kedaulatan negara, infrastruktur tebatan banjir untuk 50 Average Current Interval (ARI), mendalamkan muara Sg. Golok; penambahbaikan laluan bot dan perlindungan muara Sg. Golok; risiko banjir pantai.
Hadir sama YB Dato' Sri Mustapa bin Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi); YB Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air; YB Dato' Kaya Setia Dato' Haji Nazran bin Muhammad, Setiausaha Kerajaan Kelantan; YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN); YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha Alam Sekitar dan Air; YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM); dan YBhg. Dato' Ir. Dr. Md. Nasir bin Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).



