logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang 2022

PUTRAJAYA, 30 Julai 2022 – YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri pada pagi ini merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022.
 
 
Program ‘Berjalan Teguh Bersama’ yang diadakan ini membawa mesej kebersamaan sejajar aspirasi Keluarga Malaysia dan semangat perpaduan, dengan anggaran penyertaan 15,000 orang Keluarga Malaysia, yang berjalan secara santai sejauh 2.7 kilometer bersama keluarga.
 
Program ini disertai oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022; YB Dato' Sri Mustapa bin Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi); YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama); serta lain-lain barisan Jemaah Menteri.
 
Turut hadir ialah YBhg. Dato' Sri Mohd Shafiq bin Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dan YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri.
 
Keluarga Malaysia yang hadir memeriahkan pelancaran ini turut dihiburkan dengan persembahan muzik Irama Gema Asal, Irama Borneo, persembahan artis jemputan serta Pameran Kenegaraan iaitu ‘Dasawarsa Kemerdekaan’, pancaragam sekolah, penampilan maskot-maskot kegemaran kanak-kanak seperti Upin Ipin, badut belon dan lain-lain.
 
 
 
 
 

  • Stats on: 2023-09-24
  • Total visited pages: 241
  • Total visitors: 157
  • Average time: 00:09:16
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    863.097
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100168