logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Perhimpunan Khas Warga Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) Bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri

PUTRAJAYA, 8 Ogos 2022 - Pada pagi ini YBhg. Dato' Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah hadir dan seterusnya menyampaikan ucapan ke Perhimpunan Khas Warga Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) Bersama TKSUK JPM di Dewan Damar Sari, Kompleks F, Putrajaya.

Sejurus ucapan YBhg. Dato’ TKSUK, turut diadakan ialah Majlis Pelancaran Pelan Strategik BPH 2021-2025 yang mana pelan ini diharapkan akan dapat membantu mengatasi dan menghadapi cabaran persekitaran semasa agar BPH dapat menjadi “Peneraju Pengurusan Bangunan Kerajaan Persekutuan Menjelang Tahun 2025” selari dengan dasar semasa Kerajaan, kehendak dan keperluan pihak berkepentingan dan pelanggan.
 
Turut hadir dalam perhimpunan khas ini juga ialah YBhg. Datuk Mohammad bin Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Pengurusan), JPM; YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Kewangan & Pembangunan), JPM; YBrs. Tuan Rahimi bin Ismail, Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan (CGSO); YBrs. Encik Khairul Azhar (Nik) bin Abu Bakar, Setiausaha Bahagian, BPH; dan pegawai-pegawai kanan JPM serta seluruh warga BPH.
 
 
 
 
 

  • Stats on: 2023-09-24
  • Total visited pages: 352
  • Total visitors: 210
  • Average time: 00:12:14
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    863.147
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100173