logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Majlis Perasmian dan Penutupan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Sarawak

KUCHING, 7 Ogos 2022 - YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri pada hari ini telah menghadiri sekaligus menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penutupan bagi Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Sarawak di Dataran Perayaan, Petra Jaya, Kuching, Sarawak.
 
YAB Perdana Menteri menerusi ucapannya melahirkan keyakinan bahawa Sarawak dapat mencapai sasaran untuk menjadi negeri maju menjelang 2030 di bawah kepimpinan Premier Sarawak.
 
YAB Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan Yayasan Keluarga Malaysia kepada sembilan keluarga melibatkan 19 orang anak yatim yang kehilangan ibu atau bapa atau penjaga atau kedua-duanya sekali akibat wabak pandemik COVID-19.
 
YAB Perdana Menteri juga menyampaikan sumbangan kepada penerima bantuan komputer riba kepada pelajar B40 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan menerima Surat Setuju Terima Projek Sekolah daripada Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR).
 
Seusai majlis perasmian, YAB Perdana Menteri telah hadir menjamu selera makan tengah hari serta beramah mesra bersama #KeluargaMalaysia di Majlis Kenduri Rakyat iaitu ‘Keluarga Malaysia, Berambeh Makan’ di Stadium Perpaduan, Dataran Perayaan, Petra Jaya, Kuching.
 
Turut hadir bersama dalam kedua-dua majlis ini ialah YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak (Premier of Sarawak); YB Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya; YBhg. Tan Sri Datuk Amar Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara; YB Dato’ Sri Haji Mohamad Abu Bakar bin Haji Marzuki, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak; serta barisan Jemaah Menteri dari Kerajaan Persekutuan dan Negeri Sarawak.
 
 
 
 
 
 

  • Stats on: 2023-09-24
  • Total visited pages: 373
  • Total visitors: 224
  • Average time: 00:13:27
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    863.161
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100176