Kunjungan Muhibbah oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Ke Seksyen Pembangunan Sumber Manusia, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Perdana Menteri
- : 802
PUTRAJAYA, 15 Julai 2022 - Puan Ratnawati @ Nurul Hana binti Nashirudin, Timbalan Setiausaha Bahagian (TSUB), Bahagian Sumber Manusia (BSM), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menerima Kunjungan Muhibbah dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) ke Seksyen Pembangunan Sumber Manusia, BSM JPM yang telah berlangsung di Bilik Gerakan Optimis, Aras 3, Setia Perdana 8, Putrajaya.
Kunjungan Muhibbah ini bertujuan bagi mendapatkan perkongsian pengetahuan tentang amalan baik dalam pelaksanaan program latihan secara keseluruhan di JPM selain menambah baik perancangan serta pelaksanaan program latihan masing-masing.





