Lawatan Timbalan ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri Ke Projek Pembinaan Mahkamah Syariah, Papar di Bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
- : 789
Papar, 15 Julai 2022 - Foto sekitar lawatan kerja rasmi YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM) ke Projek Pembinaan Mahkamah Syariah, Daerah Papar.
Lawatan ini merupakan salah satu mekanisme pemantauan projek bagi meneliti secara terperinci masalah yang dihadapi oleh projek yang menyebabkan projek berkenaan masih tidak dapat dimulakan.
Kebenaran Merancang Bersyarat telah diluluskan oleh pihak Majlis Daerah Papar pada 13 Julai 2022, namun terdapat isu tapak berpaya dan ianya memerlukan kerja-kerja rawatan tanah selama enam bulan sebelum kerja binaan boleh dilaksanakan. Namun begitu, pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Negeri Sabah serta Jabatan Tanah dan Ukur (JTU), Negeri Sabah telah membantu untuk memudahcara urusan pertukaran tanah yang bersesuaian di sekitar Pekan Papar.
Turut hadir dalam lawatan ini ialah YBhg. Datuk Jazmanie bin Shafawi, Setiausaha Bahagian (SUB), Bahagian Pembangunan, JPM; YBhg. Dato' Sarul Bahiyah binti Haji Abu, Setiausaha Persekutuan (SUP) Sabah; YAA Tuan Ahmad Din bin OKK Othman, Ketua Hakim Syarie Sabah; Encik Azman bin Mahmood, SUB, Bahagian Audit Dalam, JPM; Encik Samsul bin Dollah, Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), JPM di Pejabat Pembangunan Negeri Sabah serta Encik Hadzlan bin Jablee (DO), Pegawai Daerah Papar.




