Majlis Penutup Persidangan Keselamatan Negara 2022 (PKN’22)
- : 466
PUTRAJAYA, 19 Julai 2022 – YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada petang ini telah merasmikan Majlis Penutupan Persidangan Keselamatan Negara 2022 (PKN’22) di Hotel Marriott, Putrajaya.
Inisiatif penganjuran PKN'22 yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk mewujudkan suatu platform libat urus secara komprehensif yang menggabungkan pelbagai pihak yang terlibat dari pelbagai peringkat secara langsung dan tidak langsung dalam pengurusan keselamatan negara.
Turut hadir menyaksikan Majlis Penutupan ini ialah YBhg. Datuk Haji Rodzi bin Md Saad, Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), JPM.



