Majlis Perasmian Kursus Pra Persaraan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Tahun 2022
- : 693
Langkawi, 19 Julai 2022 - Foto sekitar Majlis Perasmian Kursus Pra Persaraan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Tahun 2022 yg disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mohammad bin Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) JPM di Langkawi.
Kursus ini dihadiri oleh seramai 30 orang bakal pesara tahun 2022 dan 2023 dari Bahagian, Pusat Kos dan Agensi yang terdiri daripada gred kumpulan sokongan sehingga gred Jusa A.
Kursus ini juga merupakan antara kursus yang dirancang untuk dilaksanakan pada setiap tahun bagi memberi pendedahan dan persediaan menghadapi alam persaraan kepada bakal-bakal pesara.
Turut hadir dalam majlis perasmian kursus ini ialah YBhg. Datuk Shahrul Kamal bin Osman, Setiausaha Bahagian Sumber Manusia, JPM.
