Majlis Perasmian Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Kelantan
- : 931
KOTA BHARU, 23 Julai 2022 - Sekitar Majlis Perasmian Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Kelantan yang disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan pada pagi ini.
Bertemakan ‘Keluarga Malaysia Keluarga Digital’, ianya sangat bertepatan dengan hasrat kerajaan dalam menjadikan Negara ke arah pendigitalan rangkaian 5G yang bakal dinikmati oleh rakyat secara berperingkat pada September ini.
Dalam majlis perasmian ini juga, YAB Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan kepada sembilan orang anak-anak Keluarga Malaysia yang kehilangan ibu atau bapa atau penjaga atau kedua-duanya sekali akibat pandemik COVID-19, kemalangan atau lain-lain bencana seumpamanya.
Tujuan sumbangan ini adalah bagi membantu meringankan beban waris-waris kepada anak-anak yatim dan yatim piatu ini melalui inisiatif Yayasan Keluarga Malaysia.
YAB Perdana Menteri juga turut hadir memeriahkan Majlis Bekwoh Keluarga Malaysia dan Pelancaran Ketereh Digital Hub di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Ketereh setelah selesai menyempurnakan majlis perasmian JAKM Negeri Kelantan.
Majlis ini turut dihadiri oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKOM); YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan; YB Dato' Kaya Setia Dato' Haji Nazran bin Muhammad, Setiausaha Kerajaan (SUK) Kelantan; YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN); dan YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM).






