Kursus Pengukuhan Pasukan Majlis Bersama Jabatan (MBJ), Jabatan Perdana Menteri (JPM) Sesi 2022/2023 dan Mesyuarat MBJ, JPM Bilangan 2 Tahun 2022
- : 475
SEMENYIH, 29 Julai 2022 - Foto sekitar Majlis Bersama Jabatan (MBJ), Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bilangan 2 Tahun 2022 yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), JPM pada pagi ini di Semenyih Eco Venture Resort & Recreational.
MBJ ini telah dihadiri seramai 41 ahli mesyuarat yang terdiri daripada ahli Pihak Pegawai dan ahli Pihak Pekerja.
Selain itu, turut berlangsung Kursus Pengukuhan Pasukan MBJ, JPM Sesi 2022/2023 selama tiga hari mulai 28 hingga 30 Julai 2022.
Kursus ini diadakan untuk membina semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan antara ahli Pihak Pegawai dengan ahli Pihak Pekerja. Selain itu, kursus ini juga bertujuan membina keyakinan diri dan memberi semangat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai wakil ahli yang telah dilantik.
Semoga usaha ini mampu meningkatkan semangat kerjasama yang menyeluruh di antara ahli Pihak Pegawai dengan ahli Pihak Pekerja demi kepentingan dan kebaikan JPM.




