Istiadat Mengucap Selamat Berangkat Sempena Lawatan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Ke Republik Türkiye
- : 942
SEPANG, 15 Ogos 2022 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong pada pagi ini telah berangkat ke Republik Türkiye bagi mengadakan lawatan rasmi dan dijangkakan akan membincangkan kerjasama bilateral antara Kerajaan Malaysia dan Türkiye khususnya dalam bidang pertahanan, industri penerbangan, pendidikan teknikal, kebudayaan, pelancongan, dan khazanah ilmu tamadun Islam.
Turut hadir mengiringi ke Istiadat Mengucap Selamat Berangkat ini ialah YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri, barisan Jemaah Menteri dan juga YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN); YBhg. Dato' Sri Mohd Shafiq bin Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA); dan YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM).




