logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Lawatan Tapak Ke Projek Menaik Taraf Kubah Utama dan Bumbung Masjid Negara Serta Projek Pembinaan Ilaj Home

KUALA LUMPUR, 22 Ogos 2022 - YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada petang ini telah mengadakan lawatan tapak ke dua projek JPM di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu projek menaiktaraf kubah utama dan bumbung Masjid Negara serta projek pembinaan Ilaj Home.
 
Projek pembaikan dan naik taraf kubah utama dan bumbung Masjid Negara adalah bertujuan untuk memberi keselesaan dan jaminan keselamatan kepada para jemaah masjid. Pembaikan memfokuskan ke atas retakan pada tiang 48 dan kubah utama. Projek ini dijangka akan disiapkan pada tahun ini juga.
 
Selain tujuan keselamatan dan keselesaan, projek ini turut bertujuan untuk memastikan Masjid Negara tetap utuh sebagai bangunan ikonik dan warisan negara.
 
Ilaj Home pula dibina sebagai pusat bimbingan moral dan pemantapan rohani bagi pesakit-pesakit HIV/AIDS dan ianya mampu menempatkan seramai 100 orang pesakit mengikut kuota 50 untuk wanita manakala 50 lagi bagi pesakit lelaki.
 
Turut hadir dalam lawatan tapak ini ialah YBrs. Tuan Ir. Rahmat bin Hj. Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Bangunan) dan YBhg. Datuk Jazmanie bin Shafawi, Setiausaha Bahagian Pembangunan JPM.
 
 
 
 
 

  • Stats on: 2023-10-01
  • Total visited pages: 1022
  • Total visitors: 607
  • Average time: 00:14:18
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    872.524
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100882