logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Munajat Keluarga Malaysia Sempena Inspirasi Setahun Keluarga Malaysia - Teguh Bersama


PUTRAJAYA, 21 Ogos 2022 - Program Munajat Keluarga Malaysia anjuran Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah diadakan bersempena dengan Inspirasi Setahun Keluarga Malaysia-Teguh Bersama di bawah kepimpinan YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri dengan dihadiri kira-kira lebih 10,000 warga #KeluargaMalaysia.
 
Program yang telah diadakan di Masjid Putra, Putrajaya mulai jam 2.30 petang hingga 10.00 malam semalam telah diisi dengan pelbagai aktiviti seperti Souq@Keluarga Malaysia, Jualan Rakyat Keluarga Malaysia, Konvoi Kongsi Rezeki, Solat Hajat, Zikir, Selawat, Tausiah dan Doa Keluarga Malaysia serta sumbangan kepada 20 buah pusat tahfiz, pondok, institusi kebajikan dan rumah anak-anak yatim.
 
Solat Hajat, Zikir, Selawat, Tausiah dan Doa Keluarga Malaysia yang diadakan pada sebelah malamnya turut dihadiri oleh Perdana Menteri.
 
Pada sesi ini, Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan kepada 20 pusat tahfiz, pondok, institusi kebajikan dan rumah anak-anak yatim.
 
Selain Putrajaya selaku lokasi induk program, Munajat Keluarga Malaysia ini turut dilaksanakan secara serentak di Kedah, Pahang, Sabah, Sarawak dan Johor bagi memberi peluang seluruh #KeluargaMalaysia dari luar Putrajaya untuk menyertainya.
 
Program anjuran bersama kesemua Kementerian/ Jabatan/ Agensi Kerajaan ini turut dihadiri oleh barisan Jemaah Menteri; YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara; YBhg. Dato' Sollehuhddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), JPM; Ketua-ketua Jabatan Kerajaan serta penjawat awam.
 
 
 
 
 
 
 
 

  • Stats on: 2023-10-02
  • Total visited pages: 3085
  • Total visitors: 1725
  • Average time: 00:25:36
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    874.215
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100937