logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Penjawat Awam Diseru Untuk Bertindak Sebagai Suara Kerajaan Kepada Keluarga Malaysia

PUTRAJAYA, 21 Ogos 2022 - YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN) dalam ucapan penutupannya di Simposium “Keluarga Malaysia : Pencapaian dan Harapan” pada petang ini mengingatkan agar semua para penjawat awam bertindak sebagai suara kerajaan kepada seluruh #KeluargaMalaysia dalam menyebarluas semua inisiatif yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan.
 
KSN turut memaklumkan bahawa simposium juga adalah merupakan platform bagi para pakar dan cendekiawan untuk memberikan penjelasan dan maklumat yang tepat serta jelas mengenai pencapaian dan cabaran Kerajaan #KeluargaMalaysia sepanjang tempoh satu tahun di bawah pentadbiran YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri khususnya dalam mendepani tri-krisis; kesihatan, politik dan ekonomi.
 
Segala intipati dan hasil simposium ini juga diharapkan oleh KSN agar dapat dibentangkan dalam forum rasmi kerajaan serta dapat dianalisis dan didokumentasikan sebaiknya untuk dijadikan panduan kepada penjawat awam dalam memberikan perkhidmatan yang
terbaik kepada rakyat.
 
Antara yang turut hadir pada sesi penutupan ini ialah YB Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan; YBhg. Dato' Sri Mohd Shafiq bin Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA); dan YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM).
 
 
 
 
 
 
 

  • Stats on: 2023-09-24
  • Total visited pages: 267
  • Total visitors: 166
  • Average time: 00:09:44
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    863.106
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100168