logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Setahun Keluarga Malaysia, Tetap Terus Teguh Bersama

PUTRAJAYA, 21 Ogos 2022 - Pada hari yang bersejarah ini, genaplah setahun pentadbiran kerajaan #KeluargaMalaysia di bawah kepimpinan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia ke-9.
 
YAB Perdana Menteri telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketika negara berdepan dengan suasana ketidaktentuan dan kestabilan politik serta menghadapi cabaran pandemik COVID-19.
 
YAB Perdana Menteri dengan sokongan dan kerjasama barisan Jemaah Menteri serta para penjawat awam yang diterajui oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara telah berjaya memulihkan negara sedikit demi sedikit terutamanya kejayaan membawa negara keluar daripada fasa pandemik.
Kejayaan ini juga tidak akan berhasil tanpa sokongan seluruh #KeluargaMalaysia yang turut berjuang menghadapi kemelut ini.
 
Kerajaan #KeluargaMalaysia turut memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi mengurangkan masalah bebanan kos sara hidup rakyat.
 
Simposium Keluarga Malaysia: Pencapaian dan Harapan sedang diadakan pada hari ini dan telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri di Putrajaya pada pagi tadi bertujuan untuk membincangkan usaha dan inisiatif setahun YAB Perdana Menteri mentadbir negara.
 
10 tokoh cendekiawan akan membentangkan kertas-kertas kerja bagi menilai secara objektif prestasi kerajaan #KeluargaMalaysia sepanjang tempoh satu tahun yang lalu.
Selaras dengan teras utama konsep Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran, kerajaan #KeluargaMalaysia sentiasa mengambil kira pandangan setiap golongan, selaras dengan kerajaan #KeluargaMalaysia yang terbuka, maka input-input daripada golongan cendekiawan ini akan pertimbangkan untuk dilaksanakan sekiranya bersesuaian kelak.
 
Simposium ini dijangka akan melabuhkan tirainya pada petang ini dengan Majlis Penutupan oleh Ketua Setiausaha Negara.
 
 
 
 
 
 
 
 

  • Stats on: 2023-09-24
  • Total visited pages: 264
  • Total visitors: 164
  • Average time: 00:09:42
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    863.104
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100168