logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Idea Bina Negara, Platform Untuk Belia Suarakan Pandangan dan Pendapat

SHAH ALAM, 20 Ogos 2022 - “Anak muda adalah pewaris negara dan perlu bijak untuk menentukan kerajaan yang berupaya memastikan negara ini sentiasa aman dan sentosa”.
 
“Melalui laman sesawang https://www.ideabinanegara.my/ para belia boleh mengemukakan segala pandangan dan permasalahan mereka dalam pelbagai perkara termasuk input bagi Belanjawan 2023”, kata YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM) ketika ditemuramah oleh pihak media selepas Pra Pelancaran Program Idea Bina Negara Anak Muda Keluarga Malaysia pada petang ini di Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Selangor.
 
Idea Bina Negara Anak Muda Keluarga Malaysia merupakan satu platform untuk para belia #KeluargaMalaysia menyalurkan input-input bermanfaat ke arah pembangunan semula negara bagi perangkaan Belanjawan 2023.
 
Mahasiswa dan golongan muda #KeluargaMalaysia diberi ruang untuk menyampaikan idea bagi pembangunan masa depan negara atau melontarkan segala permasalahan yang dihadapi kepada kerajaan melalui platform ini mulai hari ini.
 
Pelancaran program ini akan diadakan pada 4 Oktober 2022 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam yang turut disertai seramai 25,000 belia secara penstriman langsung.
 
Turut hadir semasa Pra Pelancaran ini ialah YBhg. Dato' Dr. Zuraidi bin Ishak, Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dan YBrs. Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Juliana Johari, Penolong Naib Canselor (Infostruktur) UiTM.
 
 
 

  • Stats on: 2023-09-24
  • Total visited pages: 344
  • Total visitors: 203
  • Average time: 00:12:00
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    863.140
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100172