logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Ekonomi Negara Yang Terbaik di Asia Tenggara Dengan Pertumbuhan KDNK Sebanyak 8.9 Peratus Suku Kedua Tahun Ini

SHAH ALAM, 19 Ogos 2022 - Selepas diuji pandemik, dunia kini berhadapan dengan pelbagai cabaran baharu dan paling genting ialah perubahan iklim, ketegangan geopolitik dan konflik Rusia- Ukraine. Gabungan semua faktor adalah antara punca kepada kenaikan harga barangan sehingga mengakibatkan kos sara hidup meningkat.
Namun, Kerajaan tidak berpeluk tubuh membantu Keluarga Malaysia dalam mendepani isu kos sara hidup dan inflasi. Kerajaan sentiasa berusaha memastikan Keluarga Malaysia kalis cabaran.
 
Pelbagai strategi jangka pendek, sederhana dan panjang dilaksanakan Kerajaan yang melibatkan kerjasama semua kementerian, kerajaan negeri, agensi-agensi Kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan seluruh Keluarga Malaysia bagi memulihkan ekonomi negara.
Hasilnya, hari ini kita dapat melihat ekonomi negara kita merupakan yang terbaik di Asia Tenggara dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 8.9 peratus bagi suku kedua tahun ini.
 
Kadar inflasi negara juga berada pada paras 3.4 peratus dan angka ini merupakan antara yang terendah di Asia Tenggara.
 
Bagi mengurangkan tekanan inflasi terhadap Keluarga Malaysia, Kerajaan telah membelanjakan peruntukan subsidi sebanyak RM77.3 bilion yang merupakan jumlah subsidi terbesar dalam sejarah negara, meliputi petrol, diesel, LPG, minyak masak, tepung dan elektrik.
 
Ini antara petikan ucapan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri semasa merasmikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Selangor pada petang tadi.
JAKM Selangor membuka tirainya hari ini dengan pelbagai program dan aktiviti menarik untuk para pengunjung #KeluargaMalaysia khususnya rakyat Selangor sepanjang tiga hari penganjurannya mulai hari ini sehingga 21 Ogos 2022.
 
JAKM edisi kelapan pada kali ini dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dengan tema ‘Usahawan Keluarga Malaysia Penggerak Ekonomi Negara’ dengan melibatkan 100 reruai usahawan industri kecil dan sederhana (IKS).
 
Sebanyak 109 aktiviti pula telah dirancang sepanjang program di pentas utama dan mini, reruai pameran dan kaunter bergerak serta acara luar dipelbagai tempat di sekitar Selangor.
 
 
 
 
 
 
 
 

  • Stats on: 2023-10-01
  • Total visited pages: 1016
  • Total visitors: 605
  • Average time: 00:14:17
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    872.522
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100881