Kunjungan Hormat Setiausaha Persekutuan Sarawak Ke Atas Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri
- : 1781
PUTRAJAYA, 6 September 2022 - Kunjungan hormat YBhg. Dato' Amir bin Omar, Setiausaha Persekutuan Sarawak ke atas YBhg. Dato' Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada tengah hari ini di Pejabat TKSUK, Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana, Putrajaya.
YBhg. Dato' Amir akan bersara wajib pada 26 September 2022. Penghormatan diberikan dengan menandatangani Buku Lawatan dan pemberian cendera kenangan daripada YBhg. Dato' TKSUK JPM.
Seluruh warga JPM berterima kasih atas khidmat bakti yang telah diberikan kepada negara sepanjang perkhidmatan beliau.

