logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Ketua Setiausaha Negara Menyantuni Penduduk Sekitar Masjid Aman, Alor Setar Sempena Program Kayuhan (Fun Ride) Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Kedah

ALOR SETAR, 3 September 2022 - YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada pagi ini telah menyantuni sekaligus menyampaikan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility - CSR) berupa bakul makanan kepada penduduk di sekitar Masjid Aman, Alor Setar, Kedah yang diharap dapat membantu meringankan beban para penerima.
 
Sebelum itu, KSN telah menyempurnakan sesi pelepasan seterusnya menyertai Kayuhan (Fun Ride) bersama penjawat awam sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Kedah bersama YB Dato’ Haji Norizan bin Khazali, Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kedah yang telah diadakan di Dataran Pahlawan, Alor Setar dan berakhir di Wisma Darul Aman, Alor Setar dengan jarak kayuhan sejauh 14.9 kilometer.
 
Kayuhan di Negeri Kedah ini adalah merupakan kayuhan siri kesembilan selepas JAKM Negeri Selangor yang lepas.
 
Acara ini turut disertai oleh YBhg. Dato' Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta Pegawai-Pegawai Kanan Persekutuan dan Negeri.
 
 
 
 
 

  • Stats on: 2023-10-02
  • Total visited pages: 20
  • Total visitors: 12
  • Average time: 00:02:02
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    872.539
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100884