logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Pelaburan Bernilai Lebih Rm37.21, Berjaya Wujudkan Lebih 36,717 Peluang Pekerjaan Baharu di Negeri Kedah

ALOR SETAR, 2 September 2022 – Rentetan negara menghadapi tri-krisis bertindih iaitu kesan daripada wabak COVID-19, konflik Rusia-Ukraine dan krisis rantaian bekalan makanan, kerajaan telah mengambil langkah responsif dan proaktif melalui pelbagai pakej bantuan dan rangsangan ekonomi bagi menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia.
 
Negeri Kedah turut merasai nikmat ini apabila kerajaan melalui Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), melaksanakan projek strategik berimpak tinggi yang berjaya menarik pelaburan bernilai lebih RM37.21 bilion, sekaligus mewujudkan lebih 36,717 peluang pekerjaan baharu di Negeri Kedah.
 
Ini antara intipati ucapan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri pada petang ini semasa merasmikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Kedah di Perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah.
 
JAKM Negeri Kedah yang merupakan siri jelajah kesembilan, membuka tirainya pada hari ini sehingga 4 September 2022 dengan penganjuran pelbagai program dan aktiviti menarik untuk para pengunjung #KeluargaMalaysia khususnya warga negeri Kedah.
 
Pada sebelah pagi, YAB Perdana Menteri turut menghadiri ‘Kenuri’ Rakyat #KeluargaMalaysia di SK Kuala Nerang, Padang Terap bagi sama-sama menikmati juadah tengah hari berkonsepkan kenduri bersama rakyat. Pada masa yang sama, beliau turut menyampaikan insentif penghargaan kepada Pesilat Negara, Encik Mohammad Robial Sobri dan penyerahan simbolik kunci rumah kepada para penerima Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
 
JAKM pada kali ini dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dengan bertemakan 'Keluarga Malaysia, Keluarga Sejahtera'. Pelbagai aktiviti dan perkhidmatan disediakan sepanjang program ini berlangsung seperti perkhidmatan kementerian dan agensi terus kepada rakyat, Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia, Jualan Keluarga Malaysia dan jualan di gerai-gerai usahawan.
 
Turut hadir pada majlis perasmian kali ini ialah; YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah; YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar; YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara; dan YB Dato' Haji Norizan bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Kedah.
 
 
 
 
 
 
 

  • Stats on: 2023-10-01
  • Total visited pages: 978
  • Total visitors: 586
  • Average time: 00:14:22
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    872.503
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100879