logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1444H/2022M

KUALA LUMPUR, 29 Julai 2022 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1444H/2022M di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
 
Turut hadir ialah YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri; YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama); YB Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama); YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri; dan YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
 
Majlis dimulakan dengan Majlis Bacaan Yasin sempena sambutan Hari Pahlawan Tahun 2022 dan seterusnya dengan bacaan doa akhir tahun dan awal tahun hijrah di bawah pimpinan oleh Sahibul Fadhilah Tuan Haji Ehsan bin Haji Mohd Hosni, Imam Besar Masjid Negara Kuala Lumpur.
 
Kemuncak majlis adalah penyampaian Titah Diraja oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta diikuti dengan penyampaian Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.
 
YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Mantan Ketua Pengarah JAKIM dan Mantan Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) pula telah dianugerahkan sebagai Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M dalam Negara manakala YB Oknha Datuk Dr. Othsman Hassan, Menteri Kanan Menjaga Misi Khas (Hal Ehwal Islam) Kemboja telah dianugerahkan Tokoh Antarabangsa Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M.
 
Bertemakan “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”, majlis ini turut dihadiri oleh barisan Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet, Duta-Duta, Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua-Ketua Jabatan/Agensi Kerajaan, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan dan orang awam.
 
 
 
 
 
 
 
 

  • Stats on: 2023-09-24
  • Total visited pages: 287
  • Total visitors: 178
  • Average time: 00:10:12
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    863.118
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100170