Perdana Menteri Mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan ECER Bil.2/2022
- : 359
KOTA BHARU, 9 September 2022 – YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri yang juga Pengerusi ECERDC pada pagi ini telah menghadiri dan seterusnya mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan ECER Bil.2/2022 dan Program Pasca-Mesyuarat di Bangunan MABNA MBI, Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu, Kelantan.
Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Dato' Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan; YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu; YAB Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang; YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor; YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN); YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM); YBhg. Dato' Baidzawi Che Mat, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC dan para pegawai ECERDC.
Sejurus tamat mesyuarat, YAB Perdana Menteri bersama ahli-ahli mesyuarat telah menyaksikan Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian di antara ECERDC dan Yayasan PETRONAS serta Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman di antara ECERDC dan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).





