logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Perdana Menteri Merasmikan Laman Warisan Kampung Laut

TUMPAT, 9 September 2022 – YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri pada tengah hari ini telah merasmikan Laman Warisan Kampung Laut di Tumpat, Kelantan.
 
Beberapa siri lawatan dan tinjauan juga telah dilakukan oleh YAB Perdana Menteri dan para delegasi kehormat ke sekitar kawasan Laman Warisan Kampung Laut iaitu lokasi pembuatan dan jualan hasil seni dan kraftangan tempatan seperti pembuatan wau, batik, ukiran kayu, lukisan seni, perabot dan sebagainya.
 
Seterusnya YAB Perdana Menteri turut singgah ke sekitar kawasan Laman Warisan Serunding Kampung Laut yang merupakan lokasi penghasilan pelbagai jenis serunding seperti serunding ayam, daging dan ikan yang terkenal di seluruh negara.
 
YAB Perdana Menteri juga berkesempatan melawat Masjid Kampung Laut yang berusia lebih 400 tahun dan merupakan masjid kayu tertua yang masih digunakan di Malaysia dan dipindahkan kembali ke lokasi asalnya di Kampung Laut dari Nilam Puri.
 
Turut hadir dalam Majlis Perasmian pada tengah hari tadi ialah YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Dato' Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan; YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu; YAB Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang; YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor; YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN); YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan YBhg. Dato' Baidzawi Che Mat, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC.
 
Majlis bersejarah ini turut dimeriahkan dengan kehadiran penduduk di sekitar Kampung Laut.
 
 
 
 
 
 

  • Stats on: 2023-10-01
  • Total visited pages: 978
  • Total visitors: 586
  • Average time: 00:14:25
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    872.503
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100879