logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Program Team Bonding Perkukuhkan Strategi dan Persefaham Dalam Kerja Berpasukan

Pengukuhan strategi dan persefahaman dalam memantapkan semangat berpasukan di peringkat Pengurusan Atasan bersama Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah amat penting bagi memastikan proses kerja dan komunikasi dalam sesebuah agensi berjalan dengan lancar.
 
Bagi tujuan tersebut, Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Bahagian Sumber Manusia (BSM) telah menganjurkan Program Pemantapan Organisasi (Team Bonding) pada 9 hingga 11 September 2022 di Sungai Petani, Kedah.
 
Modul Program Team Bonding yang diadakan selama tiga hari ini telah disusun menggunakan pendekatan "Action and Experiental".
 
Perjalanan pada hari pertama ke Sungai Petani adalah dengan menaiki keretapi dari Stesen Kuala Lumpur dan pelbagai aktiviti secara berkumpulan telah dilaksanakan sepanjang perjalanan, seperti Hole Trap, Pressure Cooker dan ZIZO.
 
Pada sebelah malamnya pula, program diteruskan di Merdeka Beach Resort dengan aktiviti Speed Racer.
 
Kesemua aktiviti ini dapat membawa kepada cara penyelesaian masalah, berfikir secara strategik, dan mewujudkan kesepakatan dalam kumpulan.
 
Pada hari kedua pula telah diadakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporat Social Responsibility - CSR) iaitu ziarah kasih dan penyampaian sumbangan wang tunai kepada para asnaf, gotong-royong memasak dan pembersihan kawasan bersama penduduk kampung dengan kerjasama strategik antara Majlis Perbandaran Sungai Petani dan Pejabat Daerah Kuala Muda.
 
Turut diadakan pada sebelah petangnya pula ialah sukan antara kumpulan. Antara acara sukan yang terlibat seperti frenzy futsal dan volley spike challenge.
 
Program libat urus yang disertai oleh 66 orang pegawai kumpulan pengurusan, dapat memberi impak yang tinggi dalam meluaskan konsep kebersamaan antara penjawat awam dan masyarakat setempat.
 
 
 
 
 
 
 

  • Stats on: 2023-10-01
  • Total visited pages: 997
  • Total visitors: 596
  • Average time: 00:14:22
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    872.513
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100880