Kunjungan Hormat Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu ke atas Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri
- : 918

PUTRAJAYA, 12 September 2022 - Kunjungan Hormat YBrs. Tuan Hj Wan Adnan bin Wan Derahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu ke atas YBhg. Dato' Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada petang ini di Pejabat TKSUK, Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana, Putrajaya.
Perbincangan ini telah memberi fokus terhadap pembangunan infrastruktur perindustrian di Negeri Terengganu bagi meningkatkan ekosistem perniagaan yang memberi sokongan kepada Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan.

