Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bilangan 4 Tahun 2022
- : 652
PUTRAJAYA, 13 September 2022 - Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bilangan 4 Tahun 2022 telah berlangsung hari ini di Bilik Persidangan Dinamik, Aras 2, Setia Perdana 1, JPM.
Mesyuarat berkala ini merupakan sebuah platform pemantauan secara berkala bagi pengurusan pelaksanaan projek-projek ICT di JPM. Ia merupakan satu inisiatif bagi memastikan pengurusan projek-projek ICT di JPM dilaksanakan berdasarkan keperluan sebenar.
Mesyuarat ini turut menjadi landasan kepada JPM dalam mengamalkan perbelanjaan berhemah serta mematuhi peraturan-peraturan semasa yang berkaitan, selain memastikan penetapan arah tuju dan strategi pembangunan serta pelaksanaan ICT JPM ke arah pendigitalan dapat dilaksanakan secara efisien.
Mesyuarat kali ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Mohammad bin Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), JPM dan dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan JPM.


