logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Berkenan Berangkat Menghadiri Istiadat Penghormatan Terakhir dan Istiadat Pemakaman Negara Mendiang Ratu Elizabeth II di London, United Kingdom

SEPANG, 16 September 2022 - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat menghadiri Istiadat Penghormatan Terakhir dan Istiadat Pemakaman Negara mendiang Ratu Elizabeth II di London, United Kingdom.
 
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut YB Dato' Kamarudin bin Jaffar, Timbalan Menteri Luar Negeri, YBhg. Dato' Sri Amran bin Mohamed Zin, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri dan YBhg. Dato' Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM).
 
Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua ke London adalah atas jemputan rasmi Kerajaan United Kingdom.
 
Dalam rangka lawatan khas ini, Seri Paduka Baginda berdua akan menghadiri Majlis Resepsi Bersama Raja Britain Raja Charles III pada Ahad ini (18 September 2022) dan istiadat pemakaman negara Ratu Elizabeth II pada Isnin (19 September 2022) di Westminster Abbey.
 
 
 
 

  • Stats on: 2023-10-02
  • Total visited pages: 34
  • Total visitors: 21
  • Average time: 00:02:49
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    872.548
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100886