logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Perasmian Majlis Pelancaran Dasar Tenaga Negara 2022-2040 (DTN) oleh YAB Perdana Menteri

PUTRAJAYA, 19 September 2022 - YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri pada petang ini telah merasmikan Majlis Pelancaran Dasar Tenaga Negara 2022-2040 (DTN) di Hotel Marriot, Putrajaya. 

DTN merupakan komitmen Kerajaan untuk menyediakan peluang pekerjaan baharu dan menjadikan sektor tenaga sebagai pemangkin utama kemampanan sosioekonomi bagi kesejahteraan Keluarga Malaysia. 

Kerajaan telah menggubal DTN dengan mengambil kira perkembangan serta cabaran dalaman dan luaran demi memastikan sektor tenaga dapat terus membangun dengan mampan.

DTN juga akan memperkemas dan mengharmoni pelbagai dasar berkaitan tenaga sedia ada bagi memastikan sektor ini terus kalis cabaran pada masa hadapan. 

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah YB Menteri-Menteri, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara; YBhg. Datuk Seri Mohd Shafiq bin Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; dan YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri.

 
 
 
 
 
 
 

  • Stats on: 2023-10-02
  • Total visited pages: 2503
  • Total visitors: 1419
  • Average time: 00:21:26
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    873.913
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100932