logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) Siri 16 Bilangan 2 Tahun 2022 Dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri

PUTRAJAYA, 19 September 2022 - YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri pada pagi ini telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) Siri 16 Bilangan 2 Tahun 2022 di Bilik Mesyuarat Perdana, Aras 3, Pejabat Perdana Menteri.

Antara perkara yang telah dipersetujui dalam mesyuarat ini ialah:

  • agar Jawatankuasa Pertukaran Pegawai PBT diwujudkan di bawah kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang akan melaksanakan pertukaran pegawai PBT ke PBT yang lain;
  • melaksanakan Pindaan Akta Audit 1957 (Akta 62) oleh Jabatan Audit Negara (JAN) bagi memperkasa profesionalisme dan menjamin kebebasan peranan Ketua Audit Negara (KAN);
  • agar Ketua Pegawai Eksekutif daripada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) termasuk ahli Badan Kehakiman perlu mengisytiharkan harta kepada pihak SPRM; dan
  • Mekanisme Perisytiharan Harta Anggota Pentadbiran, Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara oleh SPRM akan diperkukuhkan bagi memantapkan kredibiliti dan integriti pentadbiran Kerajaan.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ahli-ahli JKKMAR dari kalangan Jemaah Menteri; YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara; YBhg. Dato' Sri Mohd Shafiq bin Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri; Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian; serta Ketua-Ketua Jabatan yang mempunyai keahlian dalam JKKMAR.


  • Stats on: 2023-10-01
  • Total visited pages: 1018
  • Total visitors: 605
  • Average time: 00:14:17
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    872.522
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100881