logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Lawatan ke Seksyen Pengurusan Psikologi, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Perdana Menteri oleh Sektor Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling, Angkatan Tentera Malaysia

PUTRAJAYA, 19 September 2022 - Pada hari ini Sektor Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diketuai oleh Lt Kol Siti Normiah binti Marzuki, Ketua Sektor Psikologi, ATM telah mengadakan lawatan ke Seksyen Pengurusan Psikologi, Bahagian Sumber Manusia (BSM), Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Kompleks Setia Perdana, Putrajaya.
 
Delegasi ATM telah disambut oleh YBhg. Datuk Shahrul Kamal bin Osman, Setiausaha Bahagian (SUB), BSM dan Puan Ratnawati @ Nurul Hana binti Nashirudin, Timbalan SUB, BSM, JPM serta para pegawai dari Seksyen Psikologi, BSM, JPM.
 
Taklimat ringkas mengenai Profail Korporat Seksyen Pengurusan Psikologi telah disampaikan oleh Encik Mohamad Fauzi bin Saad, Ketua Pegawai Psikologi, JPM mengenai fungsi setiap unit di Seksyen Pengurusan Psikologi dan program-program serta aktiviti yang dilakukan oleh seksyen ini.
 
Di akhir program, cenderahati turut disampaikan kepada para delegasi ATM sebagai tanda kenangan lawatan.
 
 
 
 
 
 
 

  • Stats on: 2023-09-24
  • Total visited pages: 238
  • Total visitors: 154
  • Average time: 00:09:13
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    863.094
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100167