Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan dan Sukan (BKDS) Jabatan Perdana Menteri (JPM)
- : 758
PUTRAJAYA, 20 September 2022 - YBhg. Dato' Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan dan Sukan (BKDS), JPM pada pagi ini di Auditorium Perdana, Setia Perdana 1, Kompleks Setia Perdana, Putrajaya.
Antara agenda utama mesyuarat pada kali ini ialah Pembentangan Laporan Aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang Januari 2020 sehingga Ogos 2022.
Antara aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan sepanjang sesi 2020/2022 adalah Majlis Sambutan Hari Raya Warga PAJPM, Program Santai Petang "Jom Senamrobik", JPM Spike Challenge, Majlis Qurban JPM serta lain-lain program dengan penglibatan warga PAJPM.
Selain itu, turut berlangsung Pembentangan Laporan Kewangan dan Pemilihan Ahli Jawatankuasa BKDS JPM Sesi 2022-2024.
Pelantikan AJK adalah melibatkan tujuh Ahli Jawatankuasa Utama serta Wakil daripada setiap Bahagian/Unit di PAJPM.






