logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Program Fun Ride Penjawat Awam Sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Sarawak

KUCHING, 6 Ogos 2022 - Pada pagi ini telah berlangsung Program Fun Ride Penjawat Awam sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Sarawak.

Program telah dihadiri oleh YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya, YBhg. Tan Sri Datuk Amar Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara, dan YB Dato’ Sri Haji Mohamad Abu Bakar bin Haji Marzuki, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak serta hampir 100 orang Pegawai-pegawai Kanan dari Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak.

Sesi kayuhan sejauh 8.8 kilometer di sekitar Bandar Kuching ini turut berhenti sebentar singgah di pitstop Square Tower bagi Program ‘MAKSAK Care’ yang dikelolakan oleh Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan (MAKSAK) Negeri Sarawak.

Pada sesi ini, penyampaian sumbangan sebanyak 10 bakul makanan kepada penduduk Kampung Patingan dan juga penyerahan sumbangan serta acara menampal pelekat Keluarga Malaysia kepada 25 pengusaha perahu tambang di Waterfront turut diadakan.

Seusai program tersebut, kayuhan telah diteruskan dan berakhir di Padang Merdeka, Kuching.

Turut hadir dalam Program Fun Ride ini juga ialah YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM); YBhg. Dato’ Amir bin Omar, Setiausaha Persekutuan Sarawak; YBhg. Datuk Mohammad bin Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), JPM; dan YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan & Pembangunan), JPM.

Program Fun Ride secara keseluruhan membawa mesej kebersamaan dan semangat perpaduan sejajar dengan aspirasi #KeluargaMalaysia.


  • Stats on: 2023-09-24
  • Total visited pages: 362
  • Total visitors: 217
  • Average time: 00:12:47
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    863.154
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100174