logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Bengkel Penyelaras Latihan Jabatan Perdana Menteri Tahun 2022

JOHOR BAHRU, 23 September 2022 - Seramai 33 orang Penyelaras Latihan Bahagian di Pentadbiran Am Jabatan Perdana Menteri (PAJPM) dan Pusat Kos telah menyertai Bengkel Penyelaras Latihan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Tahun 2022 anjuran Bahagian Sumber Manusia (BSM), JPM di KSL Hotel & Resort, Johor Bahru.
 
Bengkel ini diadakan bertujuan meningkatkan kecekapan peranan Penyelaras Latihan dalam pengurusan latihan melalui penggunaan Training Information Management System (TRiMS). Taklimat berkaitan TRiMs yang disampaikan oleh penceramah dari Bahagian Teknologi Maklumat (BTM), JPM ini turut menganalisa kelemahan bagi penambahbaikan sistem tersebut.
 
Selain itu, penganjuran bengkel ini juga telah meningkatkan keteguhan dan semangat kerjasama #KeluargaMalaysia dalam kalangan peserta sepanjang perbincangan pembangunan kompetensi warga PAJPM melalui penetapan kursus secara kolaborasi antara bahagian berdasarkan Training Need Analisis (TNA) yang telah dibangunkan.
 
Bengkel yang diadakan selama tiga hari mulai 21 hingga 23 September 2022 ini telah melabuhkan tirainya dengan Majlis Penutupan yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Shahrul Kamal bin Osman, Setiausaha Bahagian (SUB), BSM, JPM.
 
 
 
 
 

  • Stats on: 2023-10-01
  • Total visited pages: 953
  • Total visitors: 573
  • Average time: 00:14:22
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    872.490
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100878