logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Majlis Penyerahan Jersi Rasmi Kepada Pemain Pasukan Bola Sepak Jabatan Perdana Menteri Bagi Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah M Games PPTD 2022 Antara Kementerian/Jabatan

PUTRAJAYA, 23 September 2022 - Majlis ringkas bagi Penyerahan Jersi Rasmi kepada para pemain yang akan mewakili pasukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah M Games PPTD 2022 antara Kementerian/Jabatan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), JPM pada petang ini di Pejabat TKSUK, Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana, Putrajaya.
 
Semasa sesi ini, YBhg. Dato' TKSUK turut mengambil kesempatan untuk memberikan kata-kata motivasi sebagai pembakar semangat kepada pasukan JPM yang akan memulakan perlawanan pada 25 September 2022.
 
Pasukan ini diuruskan oleh Encik Adila Sabri bin Muhammad, Setiausaha Bahagian (SUB), Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), JPM dan diketuai oleh Encik Radin Hedly Syah bin Radin Mohamad Hambali, Ketua Penyelaras MAKSAK selaku Kapten pasukan bagi wakil JPM.
 
Hadir sama dalam penyerahan jersi ini ialah YBhg. Datuk Mohammad bin Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), JPM dan YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan), JPM.
 
Seluruh warga JPM mendoakan kejayaan dan mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pemain yang akan mewakili pasukan JPM dalam kejohanan ini.
 
Keluarga JPM, Teguh Bersama.
 
 
 

  • Stats on: 2023-10-02
  • Total visited pages: 3099
  • Total visitors: 1733
  • Average time: 00:25:51
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    874.223
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100937