Kunjungan Hormat Ketua Pengarah, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri (JPM) ke atas Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), JPM
- : 1690
PUTRAJAYA, 6 Oktober 2022 - Kunjungan Hormat YBhg. Dato' Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Pengarah, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri (JPM) ke atas YBhg. Dato' Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), JPM pada pagi ini di Pejabat TKSUK, Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana, Putrajaya.
Perbincangan telah memberi fokus kepada usaha meningkatkan keberkesanan kerjasama awam swasta (Public Private Partnership - PPP) terutamanya berkaitan projek-projek yang memberikan limpahan ekonomi berganda kepada rakyat.