logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Majlis Hari Terbuka AKRAB Jabatan Perdana Menteri Tahun 2022

PUTRAJAYA, 6 Oktober 2022 - Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) adalah Duta Kecil JPM dan Pasukan Sokongan yang kuat dalam membantu menerapkan kesejahteraan psikologi (psychology well-being) di Jabatan masing-masing.

Sebagai penghargaan ke atas peranan mereka selaku Duta Kecil JPM, Majlis Hari Terbuka AKRAB JPM telah dianjurkan di Dewan Damar Sari 3, Aras 3, Blok F8, Kompleks F, Putrajaya.

Majlis yang telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Mohammad bin Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), JPM pada petang ini juga adalah bagi memperluaskan dan memperkasakan keberadaan serta peranan AKRAB dalam perkhidmatan awam.

Selain itu, ia juga bertujuan menerap dan memberi pendedahan berkaitan aspek psikologi dan kaunseling kepada warga kerja.

Turut berlangsung juga ialah satu sesi ceramah interaktif berkaitan perkhidmatan yang dilaksanakan oleh ahli AKRAB JPM serta kepentingannya. Ceramah ini turut memberi kesedaran yang baik terhadap isu kesihatan mental secara umum dan kepentingan menjaga kesejahteraan diri serta peranan AKRAB untuk mengekalkannya.

Ahli AKRAB penting bertindak sebagai “first responder” yang dapat mengesan tanda-tanda awal masalah psikologi dalam kalangan rakan sekerja dan memberi bantuan bimbingan mengikut kapasiti kemampuan mereka.

Selain ceramah, perkhidmatan pelbagai konsep di reruai agensi awam dan swasta di luar dewan turut diadakan bagi memeriahkan hari terbuka ini.

 
 

  • Stats on: 2023-10-01
  • Total visited pages: 1007
  • Total visitors: 601
  • Average time: 00:14:19
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    872.518
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100881