logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Majlis Penyerahan Unit Kenderaan Prototaip Ambulans Pacuan Empat Roda, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

PUTRAJAYA, 11 Oktober 2022 - YBhg. Dato' Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM) hadir ke Majlis Penyerahan Satu (1) Unit Kenderaan Prototaip Ambulans Pacuan Empat Roda (4X4) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Setia Perdana 1, Kompleks Setia Perdana, Putrajaya.

Ambulans Pacuan Empat Roda APM ini adalah sebahagian daripada aset-aset penting yang digunakan dalam operasi-operasi menyelamat dan mencari serta sebagai kesiapsiagaan APM dalam pelbagai situasi yang memerlukan.

Hadir sama YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan), JPM dan KPj. (PA) Aminurrahim bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Pertahanan Awam.

 

 


  • Stats on: 2023-10-02
  • Total visited pages: 34
  • Total visitors: 21
  • Average time: 00:02:42
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    872.547
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100886