Kursus Pematuhan Tatacara Perolehan Kerajaan Siri 1
- : 918
PUTRAJAYA, 3 Oktober 2022 - Kursus Pematuhan Tatacara Perolehan Kerajaan Siri 1 telah berlangsung pada pagi ini di The Everly Hotel, Putrajaya.
Kursus yang telah dirasmikan oleh Encik Ross Rafizal bin Rosli, Setiausaha Bahagian (SUB), Bahagian Perolehan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang tatacara pengurusan perolehan kerajaan yang tepat dalam kalangan peserta.
Taklimat yang disampaikan oleh Encik Mohd Fairuz bin Sa’don dari Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan di dalam slot kursus ini telah menyentuh tentang isu dan permasalahan pengurusan perolehan kerajaan. Ia turut membincangkan contoh ketidakakuran dalam pengurusan perolehan kerajaan untuk meningkatkan pengetahuan para peserta.