Lawatan Turun Padang ke Kem ATM Sungai Tumbi, Jeli, Kelantan.
- : 2079
Ahad, 7 Mac 2021- Lawatan Turun Padang YBhg. Datuk Seri Mohd. Sallehhuddin bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM bersama Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Ir. Haji Mohamad Zulkefly Sulaiman, Setiausaha Kerajaan Kelantan, YB Dato‘ Haji Nazran bin Muhammad, KSU Kementerian Pertahanan Malaysia, Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz.
Turut hadir YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) YB Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed ke Tapak Projek Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) bertempat di Kem ATM Sungai Tumbi, Jeli, Kelantan.
Projek RKAT yang bernilai RM58.3 juta ini merupakan sebuah projek pembangunan Kerajaan Persekutuan dalam usaha menjaga kebajikan dan kesejahteraan angkatan tentera di seluruh negara.