Kursus Protokol, Etiket Sosial dan Pengurusan Majlis/Acara Jabatan Perdana Menteri
- : 867
BANGI, 18 Oktober 2022 – Kursus Protokol, Etiket Sosial dan Pengurusan Majlis/Acara Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah diadakan selama dua hari di Bangi Resort Hotel bagi memberikan kefahaman berkaitan teori dan amalan protokol serta etiket sosial dalam pengurusan majlis.
Program yang dirasmikan oleh YBhg. Datuk Shahrul Kamal bin Osman, Setiausaha Bahagian (SUB) Bahagian Sumber Manusia, JPM ini diadakan untuk memberi kefahaman tentang protokol dan etiket sosial. Selain itu, ia juga bertujuan menerangkan sistem dan gerak kerja pengurusan dan penganjuran majlis.
Dalam kursus ini juga, para peserta turut didedahkan untuk bertindak secara profesional dalam tugas mengiringi dan menyambut tetamu kenamaan terutama di majlis-majlis rasmi. Peserta juga didedahkan tentang penyediaan persiapan di dalam sesuatu majlis.
Kursus anjuran Bahagian Sumber Manusia, JPM ini telah disampaikan oleh Infinity Training & Resources sebagai konsultan kursus dan disertai 30 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan JPM.