Lawatan Rasmi Ke Tapak Projek Pembangunan Jabatan Perdana Menteri, Sabah
- : 2346
Selasa, 9 Mac 2021 - Foto sekitar Lawatan Rasmi YBhg. Datuk Seri Mohd. Sallehhuddin bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM (TKSUK) ke Tapak Projek Pembangunan Jabatan Perdana Menteri bertempat di Negeri Sabah pada 9 Mac 2021.
Semasa sesi lawatan, YBhg. Datuk Seri TKSUK telah diberikan taklimat dan turut membuat Pemantauan Projek Pembesaran Pelabuhan Kontena Sepanggar bersama Presiden, Datuk Seri Panglima Haji Hashim bin Paijam dan Wakil dari Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA), turut hadir bersama ialah Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato’ Dr Zulkapli bin Mohamed di Sabah Port, Sepanggar Bay, Sabah.




