logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Hari Psikologi JPM 2022: Kesihatan Mental Dalam Organisasi #TANPASTIGMA

PUTRAJAYA, 19 Oktober 2022 – Kesihatan mental merupakan antara perkara yang perlu diberi perhatian termasuk di peringkat sesebuah organisasi kerana ia boleh memberi kesan kepada prestasi dan kecemerlangan sesebuah organisasi tersebut.

Kesihatan mental juga boleh berlaku kepada sesiapa sahaja sama ada dalam kalangan ahli keluarga, rakan sekerja atau seseorang individu.

Bagi menangani isu kesihatan mental di peringkat Jabatan Perdana Menteri (JPM), Seksyen Pengurusan Psikologi, Bahagian Sumber Manusia (BSM), JPM pada hari ini telah menganjurkan Hari Psikologi JPM 2022: Kesihatan Mental Dalam Organisasi #tanpastigma di Auditorium Perdana, Kompleks Setia Perdana, Putrajaya.

Majlis yang dirasmikan oleh YBhg. Dato' Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), JPM ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman warga JPM tentang kepentingan pengurusan kesihatan mental khususnya dalam persekitaran pekerjaan.

Program ini telah dihadiri 200 orang peserta yang terdiri daripada warga Pentadbiran Am Jabatan Perdana Menteri (PAJPM) dan pelbagai agensi dibawahnya.

Perkhidmatan reruai yang informatif turut dianjurkan di Ruang Legar Auditorium Perdana, Kompleks Setia Perdana, Putrajaya.

Turut hadir ke program ini ialah YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan & Pembangunan) dan Setiausaha-Setiausaha Bahagian PAJPM.


  • Stats on: 2023-10-02
  • Total visited pages: 34
  • Total visitors: 21
  • Average time: 00:02:38
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    872.547
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100886