logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Bicara Inovasi Memeriahkan pelaksanaan Hari Inovasi dan Kecemerlangan (HIK) JPM 2022

PUTRAJAYA, 20 Oktober 2022 - Bicara Inovasi anjuran Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah diadakan pada hari ini di Dewan Damar Sari, Parcel F, Putrajaya.

Kursus ini diadakan bagi menyemarakkan pelaksanaan inovasi melalui perkongsian amalan

terbaik dan kejayaan inovasi yang dihasilkan oleh Jabatan/Agensi/Bahagian di JPM. Kursus ini juga bertujuan meningkatkan kefahaman peserta mengenai teknik penyelesaian masalah dan penambahbaikan yang tepat, kreatif dan efektif melalui perkongsian pengalaman penciptaan produk inovasi.

Antara objektif lain kursus ini juga ialah bagi mengukuhkan semangat kerja berpasukan dan hubungan harmoni antara Jabatan/Agensi di JPM. Ia juga bagi memeriahkan pelaksanaan Hari Inovasi dan Kecemerlangan (HIK) JPM 2022 sekaligus meningkatkan imej dan pengurusan JPM secara keseluruhan.

Pengisian utama kursus ini adalah sesi perkongsian berkaitan inovasi yang dibentangkan oleh enam agensi iaitu Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), Tabung Haji, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Jabatan Pengangkutan Jalan, Syarikat MyCar dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Seramai 450 orang peserta telah hadir dan didedahkan tentang cara menjana kecemerlangan organisasi melalui pendekatan perkongsian idea-idea kreatif dan inovatif.


  • Stats on: 2023-10-01
  • Total visited pages: 1010
  • Total visitors: 602
  • Average time: 00:14:20
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    872.519
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100881